
DUN Melaka : 64 soalan menanti Exco Kesihatan
AYER KEROH 17 Sept. – Exco Kesihatan Negeri, Datuk Rahmad Mariman bersedia menghadapi Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang bermula Isnin depan.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya beliau telah pun menerima 64 soalan lisan daripada 109 soalan yang akan dikemukakan pada persidangan itu.
“Ramai yang minat dengan Exco Kesihatan, 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertanya dengan 64 soalan dan 158 jawapan yang perlu diberikan dalam Sidang Dewan DUN Melaka Isnin depan.
“Bere jugak kepala tapi saya okay je, Insya-Allah saya akan berhujah dengan baik dan doakan,” katanya menerusi hantaran tersebut.
Untuk rekod pembukaan persidangan tersebut pada Isnin ini akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.
Terdapat 109 soalan lisan telah dikemukakan untuk persidangan kali ini, majoritinya adalah berkaitan faktor kesihatan dan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...