Sorting by

×

Baik pulih hakisan pantai Kuala Linggi akan dilaksanakan segera

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

KUALA LINGGI 20 April- Kerja baik pulih kawasan-kawasan pantai yang terhakis dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dilaksanakan segera, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rosli Abdullah.

Beliau berkata kerja-kerja penambakan kawasan terhakis itu akan dilaksanakan dalam awal bulan hadapan.

Katanya, perkara itu perlu diselesaikan segera untuk kemaslahatan para nelayan dan penduduk sekitar pantai sekaligus untuk kemakmuran dalam DUN Kuala Linggi.

“Kita masih menunggu peruntukkan untuk kerja-kerja baik pulih kawasan pantai yang terhakis ini, dan kita jangkakan dalam selepas Aidilfitri akan mula bergerak (dijalankan).

“Di Kuala Linggi, kita memang memfokuskan untuk pembangunan infrstruktur, di mana kerja-kerja baik pulih jalan-jalan desa, jalan berlubang, longkang tersumbat giat dilakukan untuk keselesaan penduduk ,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Rosli berkata antara aktiviti DUN sepanjang Ramadan yang menarik perhatian adalah dengan mengedarkan kira-kira 500 bungkus air perasa milo dan oren kepada pengguna jalan raya yang melalui jambatan Kuala Sungai Baru pada 16 April lalu.

Katanya, edaran itu dilakukan pada jam 6 petang di jambatan terbabit dan mendapat sambutan hangat dan edaran itu akan dilakukan lagi dengan jenis air yang berbeza serta ditambah kuantiti bungkusan.

“Selain ziarah kasih yang wajib dilakukan di setiap DUN, menyantuni golongan kurang berkemampuan, santuni anak-anak yatim, kita juga santuni pengguna jalan raya dengan mengedarkan 500 bungkus air kepada mereka yang menggunakan laluan itu (jambatan Kuala Sungai Baru).

“Dan saya melihat program itu mendapat sambutan hangat, jadi saya jangka kita akan buat lagi dengan kira-kira 1,000 bungkusan pula kali ini, namun air apa masih lagi dibincangkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

963
Kongsi :
Previous post Melaka anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, 28 Mei depan
Next post Rangkul Anugerah Emas di Dubai bukti komitmen kerajaan terhadap kelestarian alam
Ubah saiz-+=