
DUN KESIDANG ADA ‘PORT’ RIADAH BAHARU
KESIDANG 3 Februari – Padang terletak berhadapan Japerun Kesidang telah dinaik taraf menjadi kawasan rekreasi, sekali gus memudahkan orang ramai beriadah dalam suasana lebih selesa dan selamat.
Mengulas mengenai perkara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo Chin berkata padang berkenaan dilengkapi laluan pejalan kaki, kemudahan permainan kanak-kanak dan ‘outdoor gym’.
“Kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bermula Julai 2024 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2024.
“Kemudahan ini memudahkan penduduk sekitar yang ingin melakukan aktiviti riadah atau bersenam di lokasi lebih dekat dengan kediaman mereka.
“Penduduk dari taman perumahan berhampiran juga boleh datang ke kawasan rekreasi ini pada waktu lapang atau hujung minggu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau yang juga Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, kewujudan padang itu juga selaras dengan hasrat menjadikan persekitaran lebih hijau selesa dan selamat buat penduduk di taman perumahan sekitar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...
KPDN LANCAR OPS CAMPUR, 300 KAMPIT BERAS DIRAMPAS
PUTRAJAYA 11 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Ops Campur bermula semalam, bagi tindakan...