
DUN Johor sah bubar
JOHOR BAHRU 22 Jan – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Menurut kenyataan menerusi laman Facebook The Royal Johor, pembubaran DUN Johor selaras Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.
Baginda berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri itu.
Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad di Istana Bukit Serene pada jam 5 petang tadi.
Hadir sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kehadiran Hasni turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani yang mempersembahkan watikah pembubaran itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...