
DUN bubar, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa
AYER KEROH 5 Okt. – Urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak terjejas meskipun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamed berkata, urusan pentadbiran negeri berjalan seperti biasa, malah pihaknya akan memastikan setiap penjawat awam di negeri memberikan fokus utama kepada rakyat tanpa dipengaruhi dengan krisis politik pada ketika ini.
“Dalam konteks pentadbiran negeri, saya akan pastikan semua penjawat awam di negeri memberikan komitmen terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Malah, kita telah mengadakan mesyuarat bersama ketua jabatan dan agensi selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan semua penjawat awam memahami peranan masing-masing,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembubaran DUN berlandaskan Perlembagaan Negeri selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Utama (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam adalah jelas dan nyata.
Jelasnya, berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, apabila DUN dibubarkan, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...