Sorting by

×

DUN BELIA PLATFORM ANGKAT SUARA ORANG MUDA

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

SERI NEGERI 25 April – Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia akan menjadi platform inklusif dan progresif dalam mengangkat suara generasi muda di negeri ini.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata inisiatif murni itu disambut baik kerana ia adalah medium yang membuka ruang buat generasi muda untuk bersama-sama menyumbang idea dalam proses pembangunan dan membuat dasar.

Tun Dr. Mohd Ali berkata, DUN Belia adalah antara komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan pewaris masa depan yang bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti.

“Saya menyambut baik dan merakamkan penghargaan atas inisiatif murni Kerajaan Negeri Melaka dalam menubuhkan DUN Belia yang mana dilihat ia mampu menjadi medan mengangkat suara dan idea generasi muda sebagai pewaris masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Untuk rekod, Melaka merupakan negeri ketiga selepas Johor dan Perak mewujudkan DUN Belia yang dimaklumkan untuk memberi pendedahan kepada generasi baharu yang bakal menjadi pemimpin untuk membela nasib rakyat setempat.

DUN Belia akan dijadikan sebagai sokongan kepada wakil rakyat sedia ada.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

287
Kongsi :
Previous post MELAKA BERSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI SUSULAN TARIF BAHARU AS
Next post BENIH PADI MELAKA MENJAMIN SEKURITI MAKANAN NEGERI