DUN Belia Melaka masih di peringkat pemurnian

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Status Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia Melaka masih di peringkat pemurniaan dan dijangka dibentangkan kertas konsep mengenai perkara itu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ogos depan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugan berkata perancangan komprehensif telah dirangka namun ia akan dilaksanakan pada Oktober tahun ini.

Katanya, perincian telah dibuat pada bulan Mac lalu dan penglibatan DUN Belia Melaka (diputuskan) bermula had umur dari 15 tahun hingga 30 tahun.

“Antara perincian yang akan dilakukan adalah dengan mengadakan jawatankuasa pencalonan, pemilihan, penyelarasan. Bengkel penyelarasan akan diadakan pada minggku ketiga dan keempat bulan Ogos.

“Bagi pemilihan DUN Belia Melaka, terdapat dua kaedah akan dilaksanakan untuk memilih calon DUN Belia iaitu menerusi kaedah pengundian dan temuduga.

“Kaedah pengundian akan dilakukan menerusi satu laman ‘website’ khas yang akan dibuat untuk calon mendaftar mengikut DUN manakala bagi kaedah temuduga, pemimpin belia yang aktif dalam persatuan akan dicalonkan dan jawatankuasa pemilihan akan memperincikan menerusi kaedah temuduga samada layak atau tidak calon tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Khaidirah Abu Zahar (BN-Rim) dan soalan tambahan dari ADUN Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) dan ADUN Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu (PN)-Sungai Udang) mengenai status, kriteria dan mekanisma yang digunakan untuk DUN Belia Melaka pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shanmugan yang juga ADUN Gadek berkata kerajaan negeri akan membuat satu kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan khas dalam melaksanakan DUN Belia Melaka kelak.

Ujarnya, had umur belia yang sepatutnya ditetapkan dari 18 tahun ke 40 tahun dipendekkan kepada 15 tahun ke 35 tahun dalam DUN Belia Melaka ini kerana penurunan had umur mengundi yang dilakukan di peringkat parlimen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1538
Kongsi :
Previous post Wanita digalakkan ceburi bidang perniagaan – Exco
Next post Melaka sasar pelaburan RM5 bilion tahun ini
Ubah saiz-+=