DUN Asahan tawar tiga produk ekopelancongan

Masa Membaca:58 Saat

ASAHAN 11 Disember – Tiga produk ekopelancongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan sudah siap 100 peratus untuk dikunjungi orang ramai bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, tiga produk pelancongan alam semula jadi di kawasan tersebut seperti Bukit Batu Lebah, Bukit Gapis atau juga dikenali Gunung Melaka dan Air Terjun Asahan.

Fairul Nizam yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, sempena TMM2024 pihaknya berhasrat menjadikan DUN Asahan sebagai pusat ekopelancongan khusus bagi mereka yang gemarkan aktiviti luar.

“Kita mahu lokasi ekopelancongan ini menarik ramai pengunjung, sekali gus merancakkan ekonomi penduduk setempat

“Selain itu di sini juga banyak inap desa bagi mereka yang mahukan suasana dekat dengan alam selain menawarkan masakan tradisional dan kampung. Boleh juga melawat ladang durian dan limau bali untuk menikmati buah segar,” katanya.

Beliau Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Dialisis Nephcare Selandar, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem serta Ketua Pegawai Eksekutif Topcare Dialysis Centre Sdn Bhd Masshamni Mohamad.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1941
Kongsi :
Previous post Pusat dialisis pelengkap kemudahan kesihatan DUN Asahan
Next post TVET lahir belia berkualiti
Ubah saiz-+=