
Dua suspek kes tikam direman tujuh hari
JOHOR BAHRU, 26 Dis – Lelaki dan wanita, kedua-duanya warga asing, direman tujuh hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes wanita maut ditikam di Taman Ungku Tun Aminah, dekat Skudai, di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Nur Khalida Farhana Abu Bakar mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Kedua-duanya akan direman sehingga 31 Dis ini,” kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Balveer Singh berkata lelaki berusia 24 tahun yang juga adik mangsa dan wanita berusia 41 tahun itu, tinggal serumah dengan mangsa yang berusia 41 tahun.
Dalam kejadian tiga hari lepas, seorang wanita warga asing ditemui maut akibat ditikam di rumahnya selepas pihak polis menerima laporan daripada orang awam berkaitan kejadian itu kira-kira 4.35 pagi.
Tidak sampai 24 jam kemudian, pihak polis menahan seorang perempuan warga asing dan seorang lelaki warga asing serta merampas sebilah pisau. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...