
Dua suspek bunuh kontraktor warga emas didapati positif dadah
SHAH ALAM, 14 Dis – Dua suspek yang ditahan susulan berhubung kes bunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang Jumaat lalu didapati positif dadah.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kedua-dua lelaki tersebut masih direman selama seminggu sehingga 17 Dis ini bagi membantu siasatan.
“Polis masih menjalankan siasatan menyeluruh kes itu termasuk hubungan suspek dan mangsa serta mengenal pasti motif pembunuhan tersebut,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.
Mazlan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 69 tahun ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...