
Dua rumah kongsi pekerja, kantin musnah dalam kebakaran
GUA MUSANG, 19 Ogos – Dua rumah kongsi didiami pekerja warga asing dan sebuah kantin pekerja musnah dalam kebakaran di kilang kayu di Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Mohd Arifuddin Akif Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.57 malam dan 13 anggota bersama tiga jentera digegaskan ke tempat kejadian yang terletak 10 kilometer dari balai bomba berkenaan.
“Selain dua rumah kongsi dan kantin pekerja yang terbakar 90 peratus itu, kejadian turut menyebabkan dua motosikal turut hangus dijilat api.
“Kebakaran tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.07 pagi tadi. Punca dan anggaran kerugian sedang disiasat,” katanya.
Sementara itu, pengusaha kantin berkenaan, Rosuhaizi Zakaria, 51, berkata beliau terdengar bunyi percikan api ketika sedang tidur lalu mengejutkan lima ahli keluarganya untuk menyelamatkan diri.
Katanya kebakaran dipercayai bermula dari dua rumah kongsi berkenaan dan api marak dengan cepat memandangkan struktur rumah tersebut berasaskan kayu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...