
Dua penunggang parah di kepala, motosikal bertembung di simpang empat
ALOR GAJAH 7 Julai- Dua penunggang termasuk penghantar makanan cedera dikepala selepas motosikal mereka bertembung di Simpang Empat IKS Londang, di sini, jam 3.50 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa membabitkan remaja 19 tahun dan pemuda berusia 23 tahun.
Beliau berkata, ketika kejadian penghantar makanan menunggang motosikal Yamaha 135LC dipercayai dalam perjalanan dari arah Masjid Tanah.
Katanya, sementara itu pemuda menunggang motosikal Honda pula dikatakan dalam perjalanan dari Taman Desa Idaman Jaya.
“Hasil siasatan kemalangan disyaki berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di tengah persimpangan.
“Akibat daripada pertembungan itu kedua-dua penunggang cedera di kepala dan kini dirawat di Zon Merah Hospital Alor Gajah,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua kenderaan yang terbabit kini ditahan sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGAYUH BECA TIDAK DILUPAKAN KERAJAAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Mac - Sebanyak empat persatuan beca di negeri ini menerima sumbangan sejumlah RM8,000 sempena sambutan Hari Raya...
‘PERANG’ DODOL PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 18 Mac - Meriah bagaikan malam raya..Itu suasana yang dapat dilihat di Pentas Budaya Pantai Puteri, di sini,...
4.8 TAN MAKANAN DISELAMATKAN DI MELAKA
AYER KEROH 18 Mac - Inisiatif menyelamatkan lebihan makanan menerusi program MySave Food (MSF) menunjukkan impak positif dengan lebih 4.8...
BOLEH MOHON SOLAT SUNAT AIDILFITRI DI SURAU, PADANG AWAM
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Bagi memberikan keselesaan kepada perantau yang pulang ke kampung, Jabatan Mufti Negeri Melaka membuka permohonan...
MELAKA KOMITED PASTIKAN SETIAP RAKYAT YANG LAYAK DIBANTU
ALOR GAJAH 17 Mac - Agihan sumbangan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri disalurkan kepada mereka yang layak tanpa mengira mengira perbezaan...
SAMBUTAN MERIAH BAZAR AIDILFITRI MELAKA PETANDA EKONOMI BAIK
KLEBANG 17 Mac - Kehadiran ribuan pengunjung ke bazar Aidilfitri utama di negeri ini menunjukkan keadaan ekonomi rakyat Melaka berada...