
Dua pendaki sesat di Gunung Pulai ditemukan selamat malam tadi
JOHOR BAHRU 27 Sept. – Dua pendaki yang dilaporkan sesat di Gunung Pulai dekat Kulai petang semalam, ditemukan selamat di kawasan sekitar gunung itu, pada jam 10.45 malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Wan Mohd Azrul Wan Mahamad Shaf’ii berkata, kedua-dua mangsa Muhammad Syazwan Kamarulzzaman, 25, dan Muhammad Fadzrel Haziq Mohd Farid, 16, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), Unit Perubatan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan satu utiliti Hilux dari BBP Kulai berserta lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada saudara mangsa pada 5.30 petang.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menghubungi talian telefon mangsa bagi menjejaki lokasi semasa mangsa, tetapi rangkaian telefon tidak jelas. Operasi mencari dan menyelamat selesai pada 1.15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...