Sorting by

×

DUA PEMUDA DISYAKI AKTIF EDAR DADAH DITAHAN POLIS

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 18 April – Dua lelaki yang dipercayai aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lalu ditahan bersama hampir satu kilogram (kg) bahan terlarang itu dalam sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Ong Kim Wee, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi selepas pemeriksaan dijalankan.

“Mereka ditahan selepas berkelakuan mencurigakan, hasil pemeriksaan lanjut dalam Toyota Vios dinaiki suspek kami menemui satu bungkusan plastik disyaki dadah jenis methamphetamine. Berat dadah itu dianggarkan kira-kira 820 gram dengan nilai RM18,000 dan rampasan itu boleh digunakan untuk 4,110 orang penagih.

“Siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek yang juga penganggur aktif dalam aktiviti pengedaran dadah antara tiga hingga empat bulan lalu, malah dadah yang dirampas itu juga didakwa untuk pasaran sekitar Melaka,” katanya.

Menurut Christopher, semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 24 April depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

573
Kongsi :
Previous post DEWAN BELIA NEGERI MELAKA BUKAN UNTUK ‘GLAMOUR’ TETAPI LAKSANAKAN AMANAH
Next post 100 TAHUN, PANDU PUTERI MELAKA TERUS MARTABAT ANAK GADIS, WANITA