Sorting by

×

Dua pemandu mabuk ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

JASIN 5 Mei- Dua lelaki termasuk seorang tukang kayu ditahan selepas disyaki memandu dalam keadaan mabuk dari Bemban menghala ke Jasin Bestari di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata kedua-duanya ditahan dalam Ops Mabuk yang diadakan menerusi Ops Selamat pada jam 12.01 tengah malam tadi.

Katanya, tukang kayu berkenaan berusia 60 tahun manakala seorang lagi yang ditahan adalah seorang lelaki berusia 32 tahun.

“Dalam kejadian itu, polis mendapati dua buah kereta jenis BMW dan Proton Preve dipandu dalam keadaan berbahaya dari Batu 15 Jalan Jasin Bemban menuju Jasin Bestari.

“Kedua-dua ditangkap di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk menjalani ujian saringan pernafasan,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-duanya bagaimanapun gagal memberikan spesimen nafas melalui alat penganalis nafas (EBA) bagi mengesan bacaan alkohol.

“Kedua-duanya dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk diambil sampel darah bagi ujian kimia sebelum di bawa ke IPD Jasin.

“Hasil sampel berkenaan menunjukkan kedua-dua suspek didapati di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke IPD Jasin untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 45C Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

940
Kongsi :
Previous post Lelaki ditahan polis selepas viral pandu secara berbahaya
Next post Kes tembak di Bukit Bintang: Dua suspek ditahan
Ubah saiz-+=