Sorting by

×

Dua pegawai, tiga anggota polis ditahan miliki ketum

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ALOR GAJAH 6 Februari – Lima termasuk dua pegawai kanan polis antara ditahan memiliki 5.2 liter (l) ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Alor Gajah, malam tadi.

Dua pegawai kanan polis masing-masing berpangkat Deputi Superintendan berusia 48 tahun dan Inspektor berusia 36 tahun serta tiga lagi anggota berusia antara 31 hingga 55 ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Integiri dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada jam 11.30 malam tadi.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata dua pegawai kanan yang ditahan masing-masing bertugas di Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis (IPK) Melaka dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Katanya, tiga lagi anggota yang ditahan bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah IPD Alor Gajah manakala seorang lagi orang awam bekerja sebagai kontraktor.

“Dalam serbuan di salah sebuah rumah pegawai kanan polis di Alor Gajah menemukan tiga botol lutsinar cecair ketum yang keseluruhannya seberat 4.4 liter.

“Turut ditemukan tiga bungkus plasti lutsinar cecair ketum seberat 0.8 liter serta sebuah besen berwarna hijau dan sepasang uniform operasi polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata permohonan reman kesemua suspek akan diperolehi hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(2) Akta Racun 1952.

“Polis Melaka akan memastikan siasatan telus dilakukan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam perlanggaran disiplin yang mencemarkan nama baik jabatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1129
Kongsi :
Previous post Bayaran insentif awal penjawat awam dibayar 23 Feb ini – PM Anwar
Next post TMM2024: Taman warisan ajaib sasar 300,000 pengunjung
Ubah saiz-+=