
Dua parah, Vellfire rempuh lori 15 tan
AYER KEROH 21 Mac – Dua individu parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan lori 15 tan di Kilometer 193.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah, Selatan, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang itu, MPV jenis Toyota Vellfire yang membawa empat orang termasuk pemandu dipercayai merempuh belakang lori berkenaan hingga menyebabkan dua daripadanya tersepit di dalam kenderaan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.58 petang dan menggerakkan 10 anggota ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi 10 minit selepas itu, didapati benar terdapat kemalangan membabitkan MPV dan lori tersebut dengan terdapat dua wanita tersepit di dalam kenderaan.
“Seramai tiga mangsa cedera dengan dua daripadanya parah dan dibawa ke hospital, manakala seorang lagi penumpang kereta terselamat,” katanya.
Beliau berkata, operasi itu tamat pada jam 5.29 petang dan selepas dipastikan tiada risiko kemerbahayaan, anggota bersama jentera bertolak pulang ke balai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...
One thought on “Dua parah, Vellfire rempuh lori 15 tan”
Comments are closed.