Sorting by

×

Dua minggu selesaikan proses pindah IPD Melaka Tengah

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 9 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi tempoh dua minggu kepada semua pihak berkenaan bagi menyelesaikan proses pemindahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Katanya, pemindahan IPD Melaka Tengah ke Bangunan Wisma Amanah membabitkan proses serahan tanah sebelum segala perancangan boleh dilaksanakan.

“Dalam tempoh dua minggu kalau semua ini dibuat saya akan sediakan belanja yang cukup untuk perbaiki, supaya sesuai diduduki dan digunakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kalau keperluannya disebut dalam RM4 hingga RM5 juta saya boleh luluskan supaya pemindahan itu dapat dilaksanakan.

“Jika saya umum hari ini ia tidak berjalan saya nak tegaskan saya berikan kelulusan, kalau proses ini dipercepatkan siap (kerana) tugas saya siapkan dana dan berikan kelulusan, bawa kertas daripada KDN (Kementerian Dalam Negeri) ini ke Jemaah Menteri, kalau KSU (Ketua Setiausaha) itu cekap dia boleh bawa dalam tempoh ini (dua minggu), kalau dia lemah ia akan jadi dua bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Lawatan Kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke IPD Melaka Tengah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan KSU KDN, Datuk Ruji Ubi.

Hadir sama barisan Exco Kerajaan Negeri; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Ketua Polis Negeri, Datuk Wira Zainol Samah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

8426
Kongsi :
Previous post Baiki rumah penjawat awam daif tahun ini – PM
Next post Pelanggaran tatatertib pegawai, anggota polis rosakkan reputasi PDRM – KPN
Ubah saiz-+=