
Dua maut dipanah petir
KUANTAN 26 April. – Dua sahabat maut dipercayai akibat dipanah petir semasa berteduh di tepi pokok di kolam memancing Kampung Cempaka, Lanchang di Temerloh petang semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Farhan Zainal Abidin, 20, dan Muhammad Fitri Fahmy Hashim, 27. Kedua-duanya beralamat di Lanchang.
Katanya, mangsa difahamkan pergi memancing ke kolam itu bersama-sama tiga lagi rakan sekitar 12.30 tengah hari dan apabila hujan lebat dan petir berlaku pada kira-kira 3.30 petang, kedua-duanya berteduh di tepi pokok manakala seorang lagi terus bergerak pulang.
“Dua rakan mangsa yang berada di situ mendakwa mereka sedang bergerak hendak mengambil joran sebelum melihat kedua-dua mangsa rebah selepas disambar petir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata rakan mangsa segera membawa mereka ke Klinik Kesihatan Lanchang, namun kedua-duanya disahkan telah meninggal dunia.
Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...