Dua mangsa kebakaran bakal terima bantuan Rumah Prihatin

Masa Membaca:57 Saat

DUYONG 9 Mei – Dua mangsa yang kehilangan tempat berteduh dalam kebakaran di Semabok 7 Mei lalu akan mendapat kediaman baharu menerusi bantuan Rumah Prihatin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, pihaknya akan membantu kedua-dua mangsa dalam kadar segera.

“Kita akan usaha untuk masukkan permohonan ganti balik rumah ini dalam Rumah Prihatin. Buat sementara waktu kita tawarkan mereka tinggal di rumah transit.

“Namun saya difahamkan mereka memilih untuk tinggal di rumah waris terdekat,” katanya ketika ditemui pada penyampaian sumbangan kepada mangsa bersama Presiden Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) Datuk Wira Jahaya Mat dan Naib Presiden Datuk Wira Dr Ir Ahmad Zaini Mohd Amin.

Sementara itu, Jahaya berkata, MDDNM sentiasa komited dalam menjalankan pelbagai program kebajikan khusus bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana.

“Kita di MDDNM memang ada peruntukan untuk membantu mangsa bencana seperti banjir mahupun kebakaran sebagai usaha meringankan beban mangsa,” katanya.

Menurutnya, MDDNM aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sejak tujuh tahun lalu termasuk menghantar bantuan ke Kemboja dan Indonesia.

Terdahulu, pada kunjungan itu mangsa menerima wang tunai dan peralatan rumah sumbangan MDDNM.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1566
Kongsi :
Previous post Polis siasat video tular anggota trafik kasari lelaki
Next post Lelaki ditahan polis kerana halang penjawat awam iringi orang kenamaan
Ubah saiz-+=