
Dua lelaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia ditahan
ALOR SETAR, 22 Jun – Polis menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia, dalam serbuan di Kampung Alor Mengkudu, di sini malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah SAC Sapii Ahmad berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya telah menyerbu beberapa buah rumah di kawasan kampung berkenaan pada pukul 10.30 malam dan menahan 14 pendatang tanpa izin pelbagai warganegara.
“Hasil serbuan mendapati kesemua rumah yang diserbu itu, dihuni warga Rohingya, Bangladesh dan Indonesia, yang kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. Kita menahan 10 lelaki dan dua wanita Rohingya, seorang lelaki warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia.
“Dua lelaki Rohingya berumur 30-an yang ditahan mengaku sebagai tekong dan membawa masuk pendatang asing ke negara ini, akan disiasat di bawah Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sapii berkata, 12 lagi pendatang asing yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tinggal tanpa dokumen perjalanan yang sah.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...