Dua lelaki maut dirempuh lori ketika sedang tukar tayar
SHAH ALAM, 3 Jun – Dua lelaki maut termasuk seorang penyelia Kementerian Kesihatan yang bertugas di Seremban, Negeri Sembilan selepas dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur sekitar 4 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu lori yang menghala ke Kuala Lumpur itu melihat orang ramai termasuk dua mangsa tersebut berada di bahu jalan kerana terdapat sebuah kereta pancit.
“Susulan itu pemandu lori berkenaan telah cuba mengelak daripada melanggar mereka dengan melorongkan lorinya ke lorong kanan jalan namun dalam keadaan titik buta, dia tidak menyedari sebuah kereta Mercedez datang dari arah belakang.
“Seterusnya pemandu lori itu cuba untuk mengelak kereta tersebut lalu melanggar kedua-dua mangsa yang berada di bahu jalan itu. Akibat daripada perlanggaran itu, mangsa yang berusia 55 dan 40 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ramli berkata kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...