
Dua lelaki baiki lampu jalan maut terkena renjatan elektrik
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 8.25 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar ke tempat kejadian.
âDidapati tiga mangsa terlibat dalam kejadian itu, seorang mangsa terselamat dan dua orang lagi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
âPasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan oleh pihak SESB (Sabah Electricity Sdn Bhd). Operasi ditamatkan pada 9.51 pagi,â katanya.
Menurut jurucakap itu, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Abdul Rauf Manda, 61, dan Asnan Ab Wahid, 54, manakala mangsa yang selamat ialah Albrayan Binga, 27. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.