
Dua lagi kluster tempat kerja direkodkan
AYER KEROH 15 Julai – Melaka merekodkan pertambahan dua kluster COVID-19 baharu hari ini membabitkan penularan tempat kerja di daerah Melaka Tengah.
Jabatan Kesihatan negeri melaporkan ia dikenali sebagai Kluster Tembok Ayer Keroh dan Kluster Industri Teknologi Cheng 1.
Kluster Tembok Ayer Keroh membabitkan tempat kerja di Penjara Dusun Datuk Murad dengan
48 kes positif direkodkan setakat ini.
“Bagi Kluster Industri Teknologi Cheng 1 pula, setakat ini 68 individu dikesan positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Sementara itu, kes baharu jangkitan COVID-19 mencatatkan 484 kes di negeri ini, hari ini.
Daripada jumlah itu 455 adalah kes jangkitan tempatan diikuti 19 kes banduan dan 10 kes import.
“Tiga kematian turut dilaporkan hari ini dan 3,934 individu masih dirawat dengan 91 daripadanya di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 33 lagi menerima bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SUMBANG RM300,000 UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA
BUKIT PALAH 8 Mac - Sejumlah RM300,000 disalurkan Kerajaan Negeri Melaka kepada 30 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) bagi bantuan...
2,000 MERIAHKAN IFTAR JAMAIE BERSAMA KETUA MENTERI
BUKIT PALAH 8 Mac - Kira-kira 2,000 umat Islam membanjiri Dataran Pusat Islam Melaka, di sini, pada Majlis Iftar Jamaie...
LORI TANGKI BAWA MUATAN 22,000 LITER PETROL DAN DIESEL TERBALIK, PEMANDU CEDERA
ALOR GAJAH 8 Mac - Seorang pemandu lori tangki membawa muatan petrol dan diesel cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan...
LAPAN LELAKI ‘KANTOI’ PONTENG PUASA DI MELAKA
KLEBANG 8 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan lapan lelaki yang didapati ponteng puasa dengan makan, minum...
BANJIR DI MELAKA PULIH, PPS TERAKHIR DITUTUP 5.45 PETANG TADI
AYER KEROH 8 Mac - Situasi banjir di Melaka pulih apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah petang ini. Sekretariat...
‘DAK NOR’ TERIMA ANUGERAH KASIH WANITA CEKAL
AYER KEROH 8 Mac - 'Dak Nor' atau nama sebenarnya Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio menjadi antara wanita kebanggaan...