
Dua lagi kawasan di Melaka Tengah dinaiki air
BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Dua lagi kawasan di daerah Melaka Tengah turut dilanda banjir kilat menjadikan sembilan kawasan terjejas di daerah itu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Melaka Tengah, Kapten (PA) Awang Bohari Awang Ahet berkata, pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) turut berada di lokasi terjejas bagi memantau keadaan banjir.
“Dua lagi kawasan terjejas adalah Kampung Pengkalan Rama Pantai dan Kampung Mata Kuching.
“Setakat jam 10 pagi ini tiada jalan ditutup dan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka,” katanya.
Terdahulu, Melaka Hari Ini (MHI) melaporkan tujuh kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Kawasan yang terjejas banjir itu adalah Kampung Telok, Bukit Katil; Kampung Pulau Kelapa; Kampung Sungai Putat; Bukit Cina; Taman Peringgit Ria; Batu Hampar dan kawasan Ayer Keroh.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...