
Dua lagi direman bantu siasatan kes rasuah RM29 juta babit syarikat penghantaran
PUTRAJAYA, 11 Mac – Seorang penolong pengurus operasi dan bekas pengurus bahagian kontrak sebuah syarikat penghantaran direman lima hari hingga 15 Mac ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kedua-dua suspek berumur 54 dan 47 tahun itu, ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.
Sumber SPRM berkata mereka disyaki menerima rasuah daripada syarikat penghantaran antara 2019 hingga 2021 sebagai balasan membantu mendapatkan kerja-kerja penyediaan perkhidmatan pengangkutan syarikat terbabit melibatkan nilai projek kira-kira RM29 juta.
“Kegiatan itu dipercayai dilakukan bersama seorang lagi suspek berumur 43 tahun yang merupakan ketua perancang bahagian di syarikat penghantaran dan telah direman enam hari pada 8 Mac lepas.
“Siasatan terhadap mereka dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” menurut sumber SPRM.
Perintah reman terhadap kedua-dua suspek itu, dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas Pegawai Pendakwa SPRM Siti Zaharah Alias mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...