
Dua kru Kapal MV Rapallo warga Romania melecur
SEREMBAN 8 April. – Dua kru kapal MV Rapallo warga Romania melecur akibat terkena minyak bahan api semasa menjalankan tugas di bilik enjin kapal pengangkut yang bersauh di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson, dekat sini, malam tadi.
Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 9.05 malam.
“Kapal MV Rapallo itu berada di Terminal JEV bagi tujuan pemunggahan kargo dan berlabuh sauh setelah selesai aktiviti pemunggahan. Siasatan masih dijalankan JLM bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” menurut kenyataan itu.
Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan telah dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut kenyataan itu, sepanjang proses siasatan dijalankan, pasukan penyiasat Jabatan Laut Wilayah Tengah (Port Dickson dan Pelabuhan Klang) tetap mematuhi segala prosedur operasi standard terkini dalam mengekang penularan COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...
JPJ MELAKA SITA KERETA MEWAH, KELUAR 128 NOTIS PELBAGAI KESALAHAN
AYER KEROH 13 Mac - Sebuah kereta mewah disita dan 128 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka...