
Dua kluster baharu tempat kerja direkod hari ini.
AYER KEROH 9 Julai – Melaka mengumumkan dua kluster baharu COVID-19 membabitkan penularan di tempat kerja, hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan negeri (JKN), dua kluster itu ialah Kluster Taman Merdeka Permai dan Kluster Taman Cempaka.
Katanya, bagi Kluster Taman Merdeka Permai pada awalnya 21 individu disahkan positif dan seramai 114 kontak rapat telah disaring untuk ujian saringan COVID-19.
“Bagi Kluster Taman Cempaka, seramai 23 kes positif setakat ini dan 153 kontak sudah menjalani ujian saringan setakat ini.
“Premis di kedua-dua kluster ditutup bagi menjalankan kerja disinfeksi dan saringan kontak rapat,” kata kenyataan itu.
JKN turut mengumumkan Kluster Jalan Tanjung Minyak tamat hari ini dengan kes kumulatif seramai 75 individu.
Sementara itu, sebanyak 222 kes baharu positif dicatatkan hari ini dengan kematian tertinggi iaitu sembilan kes.
Daripada jumlah kes baharu, 173 membabitkan jangkitan tempatan, 37 kes banduan dan 12 kes import.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...

