
Dua kluster baharu di Melaka
AYER KEROH 27 April. – Jabatan Kesihatan Negeri merekodkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kesidang dan Kluster Kota Syahbandar.
Kluster Jalan Kesidang melibatkan komuniti dari daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah.
“Punca jangkitan terhadap indek kes masih dalam siasatan dan berkemungkinan jangkitan daripada komuniti.
“Kes indeks mempunyai banyak pergerakan di sekitar Melaka dan ia merebak dalam kalangan kontak keluarga dan kontak sosial dan kontak tempat kerja.
“Seramai 22 individu positif bagi kluster ini, manakala 67 orang kontak rapat telah dikesan,” katanya kenyataan semalam.
Bagaimanapun bagi Kluster Kota Syahbandar di daerah Melaka Tengah
berpunca daripada jangkitan terhadap kes
indeks kontak rapat kepada kes positif COVID-19 di PKD Lembah Pantai.
“Jumlah kes positif membabitkan seramai 12 individu dan seramai 24 kontak rapat telah dikesan.
“Terdapat juga pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu Kluster Jalan Melaka Raya (dua kes) dan Kluster Jalan Pokok Mangga (satu kes),” katanya.
Bagi perincian kes sebanyak 34 kes positif direkodkan membabitkan warga tempatan sekali gus menjadikan sebanyak 320 kes sedang dirawat semalam.
Daripada jumlah itu lapan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes menggunakan bantuan alat pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...