
Dua gerai jual sayur Pasar Borong Batu Berendam tutup 8 hari
BATU BERENDAM 25 Julai – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengesahkan penutupan sementara dua gerai di Pasar Borong Batu Berendam atas arahan Kementerian Kesihatan (KKM).
Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman berkata, penutupan bagi gerai di lot 12 dan 13 yang menjual sayur-sayuran itu berkuat kuasa mulai jam 4 petang tadi hingga 1 Ogos depan.
Menurut beliau, arahan penutupan premis dikeluarkan KKM selepas terdapat seorang pekerja di gerai berkenaan dikesan positif COVID-19.

“(Saya) dimaklumkan terdapat seorang pekerja pasar di gerai itu disahkan positif wabak itu dan premis diarahkan tutup sebagai rutin KKM bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi dan ujian saringan COVID-19.
“Setakat ini seramai 22 pekerja dan kontak rapat gerai itu telah diarahkan menjalani ujian saringan COVID-19 dan keputusan ujian menunjukkan mereka negatif setakat ini,” katanya dihubungi sebentar tadi.
Terdahulu, gambar notis penutupan pasar dikeluarkan KKM tular di media sosial.
Notis itu memaklumkan gerai lot 12 dan 13 di Pasar Borong Batu Berendam ditutup lapan hari bermula jam 4 petang tadi sehingga 1 Ogos depan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...