Dua dos vaksin: Melaka capai nilai ambang 40 peratus menjelang Hari Kebangsaan – KM

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Melaka akan mencapai nilai ambang 40 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas yang lengkap dua dos vaksinasi menjelang Hari Kebangsaan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata perkara itu dimaklumkan menerusi Jawatankuasa Khas COVID-19 biarpun Melaka masih berada dalam Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Sama-samalah kita terus berdoa semoga Negeri Melaka dapat segera beralih ke fasa seterusnya.

“Sepanjang tempoh berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19 ini, Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai usaha dan tindakan bagi membendungnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka 2021 secara maya di Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri telah pun mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021 dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjamin dan terpelihara.

“Saya harap semua agensi kerajaan yang diberikan amanah dan tanggungjawab lebih peka dan proaktif melihat kesukaran yang dihadapi rakyat dan memberikan bantuan bersesuaian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

397
Kongsi :
Previous post PM seru kibar Jalur Gemilang tanda solidariti melawan COVID-19
Next post Sumbangan amat dihargai, KM ucap terima kasih
Ubah saiz-+=