Sorting by

×

Dua bot rekreasi ditahan tiada lesen

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LINGGI 9 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot rekreasi kerana beroperasi tanpa lesen di Pengkalan Balak dan Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar Ishak berkata, penahanan dua bot berkenaan hasil rondaan keselamatan di sekitar pantai peranginan Melaka termasuk Pantai Puteri sehingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, rondaan itu dijalankan bagi memantau aktiviti keselamatan terhadap pengusaha bot rekreasi sempena cuti persekolahan selain memberikan nasihat keselamatan kepada pengunjung.

“Dalam pemeriksaan dan rondaan itu, sebanyak 10 bot rekreasi diperisa dan dua daripadanya ditahan  di dua lokasi berbeza iaitu di Pantai Pengkalan Balak dan perairan Port Dickson pada kelmarin (Rabu) dan semalam (Khamis).

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang jurumudi salah sebuah bot berusia 19 tahun tidak memiliki Certificate Of Competency dan satu lagi bot beroperasi tanpa lesen dari Jabatan Laut Malaysia (JLM),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kedua-dua bot rekreasi itu disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Dalam pada itu, Iskandar turut menasihatkan semua komuniti maritim termasuk pengunjung pantai rekreasi mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti air selain peka peka dengan perubahan cuaca yang tidak menentu pada fasa peralihan Monsun Timur Laut di pertengahan bulan ini.

“Kita sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan Melaka dan Negeri Sembilan, dan meminta orang ramai menyalurkan sebarang aktiviti jenayah dan kecemasan di laut di talian 06-3876730 dan 999 yang beroperasi secara 24 jam,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3093
Kongsi :
Previous post Taboh Naning bakal gamit pelancong
Next post Agong berkenan lancar Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Edisi Rumi Baharu
Ubah saiz-+=