
Dua beranak positif COVID-19
AYER KEROH 24 Nov – Dua beranak positif COVID-19 di Melaka hari ini membabitkan kawasan Masjid Tanah di daerah Alor Gajah.
Penambahan dua kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif yang dirawat di Hospital Melaka seramai 24 orang.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata dua kes baharu ini merupakan kes jangkitan tempatan.
Katanya, kes berkenaan juga merupakan hasil saringan kontak rapat Kluster Putra-18 yang dilaporkan di Putrajaya dan Selangor sebelum ini.
“Dua beranak itu membabitkan individu berusia 14 dan 60 tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu menerusi kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka hari ini merekodkan empat kes sembuh manakala tiada kes ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Views:
Related
Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...