Dua beradik temui ajal bersama

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

ALOR GAJAH 24 Ogos – Dua beradik menemui ajal selepas motosikal dinaiki terbabas di Jalan Air Tanai, Ayer Paa’bas malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.15 malam itu, Zahrul Fitri Amer, 16 dan adiknya, Afiq Wafiy, 4 yang menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala .

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua beradik itu dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala Ayer Paa’bas.

KEADAAN motosikal mangsa yang dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok batu di sebelah kiri jalan di Jalan Air Tanai, Ayer Paa’bas malam tadi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Zahrul Fitri terbabas sebelum melanggar tembok batu di sebelah kiri jalan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mereka dibawa ke Unit Forensik, Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua mangsa adalah adik-beradik dan hasil temu bual bersama bapa mangsa mendapati dua beradik itu keluar dari rumah untuk pergi ke kedai.

“Ketika kejadian, kedua-duanya tidak memakai topi keledar.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan tayar di atas rumput dan kesan serpihan (motosikal) ditemui,” katanya.

Arshad berkata, kejadian itu dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikal namun siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1071
Kongsi :
Previous post Pemimpin berintegriti, rakyat bersatu padu tunjang kemakmuran negeri
Next post ‘Arwah beriya-iya minta saya memandikannya’
Ubah saiz-+=