
DUA BERADIK CEDERA MOTOSIKAL REMPUH KERETA
JASIN 17 Disember – Seorang remaja lelaki dan adik perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Jasin – Bemban, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Perodua Kancil dipandu warga emas lelaki berusia 79 tahun dalam perjalanan arah Kesang menghala ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Jasin Bestari.
Katanya, manakala penunggang motosikal berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah di Jasin Bestari Seksyen 3 selepas menjemput adik perempuannya dari sekolah.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.
“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal patah kanan dan tangan kanan manakala adiknya cedera di kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berpunca daripada kegagalan mangsa mengawal motosikalnya.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PERKENAL 800 PRODUK PELANCONGAN UNTUK MERIAHKAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri telah memperkenalkan lebih 800 produk pelancongan merangkumi pelbagai segmen sebagai persiapan rapi menyambut...
MELAKA SASAR JUMLAH PELABURAN CECAH RM10 BILION MENJELANG 2030
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyasarkan pelaburan baharu RM5 bilion setiap tahun dan menjangkakan jumlah pelaburan yang masuk ke...
BERAS MELAKA HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA
SERI NEGERI 28 April - Beras Melaka yang kini mula dijual pada harga serendah RM26 sekampit 10 kilogram (kg) hanya...
EKONOMI MELAKA KEKAL KOMPETITIF, INKLUSIF DAN BERDAYA SAING
SERI NEGERI 28 April - Ekonomi Negeri Melaka kekal kompetitif, inklusif dan berdaya saing berdasarkan indikator dan data dikeluarkan Jabatan...
PENJENAMAAN SEMULA SJKC SIMPANG BEKOH SEDANG DIPERINCI
SERI NEGERI 28 April - Penjenamaan semula nama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKC) Simpang Bekoh kepada SJKC Laksamana Cheng Ho...
SEMUA MASJID DI MELAKA DIMINTA LAKSANA SOLAT HAJAT, QUNUT NAZILAH UNTUK PALESTIN
SERI NEGERI 28 April - Semua masjid di Negeri Melaka diminta untuk melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah secara...