DUA BAZAR AIDILFITRI, SEMBILAN PASAR RAMADAN DI ALOR GAJAH DAN MASJID TANAH
DUYONG 21 Januari – Sebanyak 11 lokasi bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan yang bakal dianjurkan di kawasan Alor Gajah dan Masjid Tanah bermula 1 Mac depan.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), TPr.Saifuddin Abdul Karim daripada jumlah itu sebanyak dua bazar Aidilfitri manakala sembilan pasar Ramadan yang dijadualkan pada tahun 2025.
Katanya, dua bazar Aidilfitri di bawah seliaan MPAG melibatkan Bazar Aidilfitri Bandar Baru Masjid Tanah dengan 80 tapak khemah disediakan dan kawasan di hadapan Masjid Tanah Central membabitkan 10 kawasan tapak.
“Manakala untuk bazar Ramadan lokasi membabitkan di Pusat Perniagaan Jelatang; Lot 55, Jalan Perhentian Bas Kampung Baru, Alor Gajah; Tapak letak kereta dalam kawasan Bandar Satelit Sebang, Pulau Sebang; Pekan Pulan Sebang.
“Pasar Ramadan Sri Sutera, Pengkalan; Pekan Masjid Tanah; Batu 34 1/4 Kampung Pengkalan Pauh, Lubok China; Japerun Kuala Linggi Pekan Kuala Sungai Baru dan Taman Perindustrian Londang, Pengkalan Balak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, ujarnya secara keseluruhan sebanyak 688 bilangan tapak khemah yang disediakan bagi penganjuran pasar Ramadan dalam kawasan pentadbiran MPAG.
“Manakala sejumlah 90 tapak secara keseluruhan disediakan untuk bazar Aidilfitri,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.