Dua bangunan usang SMK Ghafar Baba bakal dikosongkan

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 26 Jun- Agensi yang terlibat dalam mengenal pasti permasalahan di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Masjid Tanah diberi tempoh tiga minggu untuk membentangkan laporan penuh.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata selepas menerima laporan berkenaan, beliau sendiri akan melakukan lawatan tapak di sekolah berkenaan.

Katanya, beliau menerima aduan dan rungutan dari pihak ibu bapa dan guru sekolah berkenaan terhadap permasalahan dari segi infrastruktur bangunan tersebut yang sudah usang dan tidak selamat digunakan lagi.

“Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Aduan Penyelenggaraan di SMK Ghafar Baba di mana telah dimaklumkan dua bangunan di sekolah ini bermasalah.

“Dua bangunan tersebut melibatkan bilik guru dan bangunan pertukangan (bengkel).

“Saya telah meminta tempoh tiga minggu untuk agensi terlibat termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Alor Gajah, bomba, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta pihak sekolah memberi bekerjasama untuk menyediakan laporan dan dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

hamieed kunju 2
SILING dan dinding kelas yang usang di SMK Ghafar Baba

Mengulas lanjut, Hameed berkata jika bangunan bermasalah itu didapati berbahaya dan tidak selamat digunakan, bangunan tersebut perlu dikosongkan.

“Bagaimanapun, kita menunggu keputusan laporan daripada agensi terlibat dan selesai mesyuarat, saya akan melakukan lawatan di kawasan sekolah bagi melihat sendiri permasalahan yang terdapat di sekolah tersebut.

“Menerusi mesyuarat akan datang, kita akan turut membincangkan solusi dan tindakan yang akan diambil mengatasi permasalahan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2993
Kongsi :
Previous post Tebus kegagalan, raih 7A dalam SPM
Next post Seramai 1,659,837 jemaah haji berada di Arab Saudi setakat Ahad
Ubah saiz-+=