Sorting by

×

Dua atlet Muay Thai Melaka hampiri emas

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Dua atlet Melaka menghampiri kilauan pingat emas dalam acara Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak selepas berjaya melangkah ke pentas akhir.

Dua atlet itu adalah Muhammad Zulfakar Othman yang beraksi dalam kategori 51-54 kilogram (kg) lelaki dan Nursyafiqah Naziha Ryem@Reymie dalam kategori 42-45kg wanita.

Pada aksi separuh akhir semalam, Muhammad Zulfakar berjaya menundukkan atlet Kedah, Iskandar Zulqarnain Mohd Ezry A’Zamin sekali gus menempah tiket ke final yang akan berlangsung esok.

Muhammad Zulfakar atau lebih dikenali sebagai Kecik bakal bakal bertemu Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar dari Sarawak yang merupakan adik kepada sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo.

Sementara, Nurul Syafiqah Naziha pula berjaya menewaskan wakil Johor, Alysha Dania di separuh akhir dan bakal bertemu Raja Izati Nabiha (Perak) di pentas final.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Melaka Emrito @ Haris Alias memaklumkan seramai lima atlet Melaka berjaya mara ke peringkat separuh akhir yang berlangsung di Naim Paragon Streetmall, Bintulu semalam.

Menurutnya, walaupun hanya dua yang berjaya mara ke pentas final, namun kejayaan semua atlet Melaka cukup membanggakan apatah lagi berjaya menafikan beberapa nama besar sukan berkenaan.

“Tiga pingat gangsa kini sudah dalam genggaman, kini kita berharap dua pingat perak yang diraih pada edisi lalu dapat ditukar kepada emas,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1356
Kongsi :
Previous post Skuad beregu Melaka teruskan misi buru emas hari ini
Next post Dr. Masilla terima Anugerah Personaliti Cemerlang Malaysia
Ubah saiz-+=