
Dua anggota polis cedera, MPV dilanggar orang awam
SHAH ALAM, 1 Julai – Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda MPV dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dipandu orang awam di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan– Persiaran Bestari di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian kira-kira 8.10 malam itu, kedua-dua anggota lelaki berkenaan sedang menuju ke pusat komersial Seksyen 7 di sini selepas menerima panggilan kecemasan membabitkan kes pergaduhan.
Beliau berkata mereka mengalami luka pada bahagian tangan dan muka serta bengkak pada kepala dan telah dibawa ke Hospital Shah Alam, manakala pemandu awam yang membawa Honda City itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika kejadian, MPV yang sedang menghala melintasi persimpangan tersebut dalam keadaan memasang siren dan lampu mata arah (beacon light), telah dilanggar di bahagian sisi kiri oleh kereta jenis Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini tular rakaman kejadian itu di laman sosial yang memaparkan sebuah kereta peronda polis dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...
PENGANGGUR DISYAKI CABUL GADIS SEDANG BERSENAM
AYER KEROH 11 April - Seorang lelaki yang juga penganggur ditahan polis selepas dipercayai mencabul seorang gadis dalam kejadian di...
KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN MATANG, SELESAI MASALAH RAKYAT
BUKIT KATIL 11 April - Selepas tiga tahun, pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat...
DUA MAUT, TIGA PARAH DALAM KEMALANGAN DI JOHOR BAHRU
JOHOR BAHRU 11 April - Dua maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua pacuan empat...