‘Drive Thru’ daftar pelajar baharu

Masa Membaca:54 Saat

MALIM 2 Mac – Politeknik Melaka (PMK) melaksanakan kaedah pandu lalu (Drive Thru) bagi membolehkan seramai 104 pelajar baharu mendaftar masuk ke institusi pengajian itu.

Pengarah PMK, Sr Razali Johari berkata, setiap mereka hanya perlu menjalani pemeriksaan suhu badan dan mengimbas kod MySejahtera dan ibu bapa tidak dibenarkan untuk turun dari kenderaan.

“PMK cuba ambil langkah proaktif untuk memudahkan semua pihak sekali gus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pelajar dari zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diwajibkan menjalani pengasingan selama 10 hari di rumah penginapan masing-masing.

“Mereka akan dipantau oleh pegawai dari Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (JHEPP),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Razali berkata, medium komunikasi untuk para pelajar telah diwujudkan bagi memudahkan kaedah berkomunikasi dengan pihak JHEPP selain memuatnaik maklumat terkini daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sesi pengajian diteruskan seperti biasa, cuma rentetan peningkatan kes COVID-19, pengajian dijalankan secara hibrid.

“Pendaftaran pelajar secara pandu lalu yang berlangsung selama dua hari bermula semalam berjalan dengan lancar dengan pantauan pihak berkuasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

491
Kongsi :
Previous post Lelaki parah jatuh ke dalam perut kapal
Next post Rentas daerah dibenarkan bermula 5 Mac – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=