Dr Zulkifli bincang kerjasama banteras isu penyelewengan akidah

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 24 Mac – Pelbagai isu hal ehwal Islam termasuk membanteras penyelewengan akidah dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam kunjung hormatnya terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam, semalam.

Dr. Zulkifli dalam satu hantaran di laman Facebooknya rasminya berkata, isu akidah yang menyeleweng di negeri ini perlu dibanteras menerusi usahasama Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Agama negeri.

Dr. Zulkifli bergambar dengan Mohd Ali selepas kunjung hormat di Pejabat TYT semalam. Foto kredit FB Dr. Zulkifli

Menurutnya, menerusi kunjung hormat yang diadakan pada tengah hari itu juga, beliau turut membincangkan isu kebajikan Pegawai Kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Melaka.

“Saya juga telah membentangkan Kad Laporan 1 Tahun Pentadbiran dan berkongsi beberapa insiatif terkait Hal Ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang telah dilaksanakan untuk pertimbangan bagi pelaksanaan di Melaka.

“Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Agama negeri akan terus diperkukuh demi manfaat umat Islam, insya-Allah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

385
Kongsi :
Previous post Jawatankuasa khas urus pampasan RM5.4 juta untuk nelayan
Next post Melaka tiada perancangan khusus buat penternak katak- Norhizam
Ubah saiz-+=