
Dr Rusdi dilantik Pengarah Kesihatan Melaka
AYER KEROH 1 Okt – Bekas Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Melaka, Dr Rusdi Abdul Rahman dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Melaka yang baharu.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan itu berkuat kuasa hari ini (1 Nov).
“Tahniah dan syabas diucapkan kepada Dr Rusdi di atas kenaikan pangkat dan lantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri.
“Semoga kredibiliti dan keterampilan peribadi Dr Rusdi menenerajui organisasi, membawa hala tuju lebih dinamik dalam memastikan perkhidmatan kesihatan berkualiti secara Komprehensif,” kata kenyataan itu.
Dr Rusdi bakal menggantikan Datuk Dr Ismail Ali yang bersara wajib bermula 1 Nov.
Terdahulu, Dr Ismail telah diraikan dalam satu majlis Lambaian Kasih pada hari terakhirnya berkhidmat sebagai tanda penghargaan di atas kepimpinannya menerajui kecemerlangan di Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...