Sorting by

×

Dr. Noor Hisham puji kakitangan Hospital Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

MELAKA 15 Nov. – Ketangkasan serta komitmen petugas barisan hadapan Hospital Melaka mendapat pujian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dr. Noor Hisham menerusi kirimannya hari ini di Facebook memuji kakitangan hospital berkenaan selepas hantaran pengguna Facebook bernama Lee Yee Lan memuji perkhidmatan kakitangan hospital itu kerana merawat ibunya yang uzur sebelum tular di media sosial.

KENYATAAN balas Dr. Noor Hisham yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Kiriman Yee Lan itu yang dimuatnaik 12 jam lalu mendapat 1,900 perkongsian dan telah menerima 11,000 tanda suka setakat jam 3 petang hari ini.

Dalam kenyataan itu, Noor Hisham berkata, tidak selalu petugas barisan hadapan menerima penghargaan terhadap pekerjaan yang dilakukan.

“Ia sememangnya satu motivasi buat pasukan dan tenaga kerja petugas barisan hadapan.

“Terima kasih atas kepercayaan dan kami akan sentiasa melakukan yang terbaik walaupun menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.

KENYATAAAN Lee Yee Lan yang tular di Facebook, kerana memuji kakitangan Hospital Melaka yang bertungkus-lumus merawat ibunya yang uzur.

Yee Lan yang memuat naik kirimannya itu turut meluahkan rasa bangga dilahirkan sebagai warganegara Malaysia selain turut memuji kemudahan dan fasiliti kesihatan yang disediakan di negara ini menepati kehendak rakyatnya.

Views:

1670
Kongsi :
Previous post Angin barat bantu pulih hakisan pantai
Next post Usahawan SME terima manfaat PENJANA HRDF
Ubah saiz-+=