
Dr Akmal mahu beri fokus pada anak autisme
MERLIMAU 10 Dis – Anak autisme suatu anugerah tidak ternilai untuk ibu bapa, mereka yang terpilih memiliki anak istimewa ini bukan saja berjiwa kental, malah mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang cukup luar biasa, kata Exco Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh.
Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tidak melepaskan peluang untuk meraikan serta beramah-mesra bersama anak-anak autisme, baru-baru ini.
“Pagi tadi (kelmarin) istimewa sedikit dari hari yang lain sebab dapat bersarapan dengan anak-anak ‘syurga’ dari Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 2 di McDonald’s Merlimau.
“Anak-anak syurga ini amat dekat di hati saya kerana saya juga adalah bapa kepada anak syurga ini apabila Ziyad juga adalah salah seorang dari anak yang didiagnos sebagai anak autisme.
“Insya-Allah anak-anak syurga ini akan kita berikan fokus yang lebih untuk pembangunan masa depan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya, baru-baru ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...