Dr Akmal bidas tuduhan ADUN Ayer Keroh

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 27 Dis – Dakwaan mengaitkan kerajaan negeri tidak bersedia untuk Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti dibangkitkan pihak bukan kerajaan dibidas oleh Exco Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh.

Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau menjelaskan tidak timbul isu kerajaan bersedia atau tidak apabila memendekkan tempoh persidangan khas yang pertama ini.

Sebaliknya, beliau menjelaskan pemendekkan tempoh bersidang adalah bertujuan untuk mengawal risiko penularan jangkitan COVID-19 memandangkan terdapat empat ADUN positif COVID-19 dan tiga lagi dikategorikann sebagai kontak rapat.

“Untuk menuduh kerajaan negeri tidak bersedia (mengawal COVID-19) adalah satu tuduhan tidak berasas.

“Apa yang kita lakukan (memendekkan tempoh bersidang) adalah kerana kita mahu menjaga kesihatan wakil rakyat dan semua yang berada di dalam dewan ini.

“Saya harap jawapan yang diberi ini dapat memberi penjelasan sebenar terhadap dakwaan itu,” katanya ketika mencelah pada sesi perbahasan penggulungan Bajet 2022 Negeri Melaka, hari ini.

Terdahulu, ADUN Ayer Keroh Kerk Chee Yee mempersoal tindakan kerajaan negeri memendekkan tempoh persidangan khas DUN.

Dakwanya, jika benar beberapa ADUN tidak hadir kerana dijangkiti COVID-19 ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri gagal mengawal jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

907
Kongsi :
Previous post Bajet 2022: Inklusif bersifat ‘serampang banyak mata’
Next post DUN Melaka : Cadang naikkan elaun pegawai syarak, bilal Melaka
Ubah saiz-+=