
Dr Akmal ajak orang ramai bantu mangsa banjir Baling
MERLIMAU 6 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin akan menghantar pasukan misi bantuan ke Baling, Kedah bagi membantu operasi pasca banjir di lokasi berkenaan yang terjejas teruk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau merangkap EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, memaklumkan antara tugasan sukarelawan adalah membersihkan kediaman mangsa.
Menurutnya, sukarelawan juga akan membuka klinik bergerak bagi memberi rawatan awal kepada mangsa mengalami masalah kesihatan.
Berikutan itu beliau, meminta kerjasama orang ramai untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk peralatan mencuci rumah, ubat-ubatan, air mineral, dapur, set penjagaan diri seperti berus gigi, ubat gigi selain makanan kering.
“Sayu hati melihat nasib saudara kita yang ditimpa dugaan banjir kilat di baling kedah dua hari lalu.
“InsyAllah saya bersama pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin, akan turun membantu saudara kita di sana esok,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun AgroBank (1005631000008623) atas nama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jasin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...