
DOKTOR DITAHAN DISYAKI BERKELAKUAN TIDAK SENONOH TERHADAP PESAKIT
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata penjawat awam berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam tadi selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kes berkenaan.
“Lelaki itu ditahan di hospital berkenaan dan kini direman empat hari hingga 2 Mac bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, doktor itu telah memperdaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia awal 20-an ketika mangsa menerima rawatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUSPEK TETAK BAPA DIREMAN TIGA HARI
KANGAR 27 Februari - Lelaki memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) mental yang disyaki menetak bapanya berusia 73 tahun di...
MELAKA PERTIMBANG TERUSKAN PROGRAM KURSUS KAHWIN PERCUMA
KESIDANG 27 Februari - Program insentif Pra-Perkahwinan Islam Negeri Melaka secara percuma mendapat sambutan menggalakkan dalam tempoh sebulan sejak penyertaannya...
MPHTJ RANGKA PELBAGAI AKTIVITI KEROHANIAN SEPANJANG RAMADAN
AYER KEROH 27 Februari - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian sepanjang bulan Ramadan ini....
JEJANTAS TUN TEJA JADI KEBANGGAAN ORANG MELAKA
PENGKALAN BATU 27 Februari - Berkonsepkan reka bentuk Istana Melaka yang mempunyai ciri-ciri seni dan budaya selain disulami seni bina...
ANAK ‘BERTUAH’ HADIAHKAN MOTOSIKAL BAHARU UNTUK BAPA
PENGKALAN BATU 25 Februari - Rezeki tidak pernah salah alamat, itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan betapa bertuahnya, Iman Zulhelmi Zaidi,...
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL LANDASAN LAKAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
SERI NEGERI 25 Februari - Peranan dimainkan pengetua dan guru besar sebagai pemimpin, menjadi faktor utama menyumbang kepada sebuah sekolah...