Sorting by

×

DMDI Malaysia, Riau jalin kerjasama mantap

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TANJUNG PINANG, Indonesia: Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Malaysia dan DMDI Riau bersetuju pada dasarnya menjalinkan kerjasama mantap dengan mempercepat pertumbuhan dan perkembangan ekonomi serantau.

Ia juga membabitkan kemajuan sosial, dan pembangunan serta kebudayaan antara mereka

Pengurus DMDI (M), Datuk Rahim Abu berkata, mereka mahu memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik, dan pentadbiran.
“Ia juga ke arah membekal bantuan dan latihan, penyelidikan dan pembangunan di kalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Usahawan Perniagaan DMDI Malaysia dan Kepulauan Riau (KEPRI) yang disertai oleh Sultan Bintan, H. Huzrin Hood, di sebuah hotel di sini.

Delegasi DMDI (M) turut diwakili oleh Pengerusi DMDI Johor, Datuk Abdullah Awang, DMDI Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Joyah Abd Rashid dan DMDI Terangganu, Datuk Maaz Muda.

Hadir sama Konsul Bidang Pendidikan dan Budaya di Konsulat Indonesia Johor Bahru, Mohd Rizali Noer dan Sekretaris Dinas Perindustrian Dan Perdagangan Provinsi Kepulauan Riau, Riki Rionaldi.

Joyah pula menjelaskan pertemuan ini mewujudkan kerjasama lebih berkesan dalam penggunaan sumber dalam pelbagai industri.
“Kita juga meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju.
“Kita mencapai dengan kata sepakat positif untuk menggiatkan semula pertumbuhan ekonomi dan pentingnya pemuafakatan dan komitmen untuk bekerjasama,” tegas beliau.

Pengerusi DMDI (M) Terangganu, Datuk Maaz Muda berkata pemuafakatan itu penting dan perlunya untuk terus bekerja dengan tekad yang lebih besar.
Beliau turut menyuarakan betapa mustahaknya untuk mempercepat pelaksanaan semua inisiatif di bawah perbincangan itu.
Sementara Mohd Rizal turut melahirkan minat untuk bersama dan membantu dalam memajukan inisiatif ini dan memperdalam komitmen ke arah kelestariannya.

Beliau menekankan pentingnya meningkatkan proses memudahkan kerjasama di kalangan mereka.

“Ini amat perlu untuk mempromosikan dan mengekalkan pelaburan di rantau ini selain menyumbang kepada kerjasama keseluruhan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3081
Kongsi :
Previous post Calon: BN akan ketinggalan jika tidak buat perubahan sekarang – Zahid
Next post Mohd Ridhwan calon anak tempatan, faham kehendak warga Hang Tuah Jaya
Ubah saiz-+=