
DMDI International Education dan GeoMatika University College jalin kerjasama
AYER KEROH 21 Sept. – Pengurusan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) International Education Sdn. Bhd., menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama GeoMatika University College, hari ini.
Rektornya Prof. Datuk Wira Dr. Jamil Mukmin berkata, MoU itu bagi mewujudkan lebih banyak kursus dan program di Kolej DMDI.
“Ia termasuklah kursus jangka pendek seperti program keusahawanan bagi menggalakkan anak-anak muda di negeri ini.
“Buat masa ini DMDI juga dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan Kolej DMDI,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas MoU tersebut di Bangunan Kota Cemerlang.
Hadir sama, Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin; Presiden GeoMatika University College Prof. Datuk Dr. Mohaizi Mohamad serta Timbalan Presiden II Prof. Mazrin Rohizaq Che Rose.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...