DMDI gesa tentera pengaman PBB ke Gaza
MELAKA 17 Mei – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar tentera pengaman ke Gaza bagi menghalang tentera Israel daripada terus melakukan serangan ke atas rakyat Palestin.
Presidennya, Tun Mohd Ali Rustam, berkata DMDI berpandangan tindakan keganasan Israel itu perlu dihentikan segera dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
“PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hendaklah segera bersidang menuntut Israel menghentikan segera keganasan ini yang melanggar hak asasi manusia untuk rakyat Palestin hidup aman damai dalam negara mereka sendiri.
“DMDI menuntut negara-negara besar segera mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel supaya Israel mendapat pengajaran terutamanya dalam menghormati hak asasi manusia dan rakyat Palestin dapat hidup dalam keadaan aman dan damai,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Mohd Ali yang juga Yang Dipertua Negeri Melaka berkata DMDI juga menggesa kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU), China dan Russia dapat memainkan peranan dengan memberikan tekanan antarabangsa terhadap Israel. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PAMERAN TEKS SULALATUS SALATIN KE VISUAL SASAR LEBIH 10,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 27 Januari - Lebih 10,000 pengunjung disasarkan akan berkunjung ke Pameran Teks Sulalatus Salatin ke Visual di Balai...
OP SIAGA RAYA: 150 ANGGOTA BOMBA MELAKA BERSEDIA SETIAP MASA
AYER KEROH 27 Januari - Seramai 150 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka bersiap sedia setiap...
CADANGAN JONKER WALK 2.0 PERLU DITELITI, KAJIAN MENDALAM
AYER KEROH 27 Januari - Cadangan untuk menjenamakan Jalan Hang Tuah menjadi kawasan pelancongan berkonsepkan 'Jonker Walk 2.0' perlu dibuat...
RIBUAN TANGLUNG HIASI BANDARAYA MELAKA
AYER KEROH 26 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat menceriakan kawasan pentadbirannya bersempena sambutan Tahun Baru Cina, tahun...
AYAM PERCIK HUTAN PERCHA ‘UBATI KERINDUAN’
MACHAP JAYA 26 Januari - Kerinduan penggemar ayam percik Hutan Percha untuk merasai kembali keenakan rasa hidangan itu terubat apabila...
SUSU PERCUMA UNTUK MURID DI HANG TUAH JAYA
AYER KEROH 26 Januari - Pemberian susu percuma dalam kalangan murid sekolah di Parlimen Hang Tuah Jaya akan diperluaskan kepada...